Pages


Friday 18 November 2011

TUGASAN 1


1.Huraikan maksud sejarah Media Baru dalam konteks penghasilan     karya seni digital.

Menurut Kamus Oxford English Dictionary (2003) menyifatkan bahawa media baru merujuk kepada salah satu kaedah elektronik untuk berkomunikasi dan menyalurkan sebarang maklumat.

Media baru juga ditakrifkan sebagai teknologi tanpa sempadan,yang mempunyai ciri-ciri yang dimanipulasikan,networkable,padat,mampat dan interaktif.Antara beberapa yang terdapat ialah internet,permainan komputer,laman web,multimedia berkomputer DvD dan CD rom.

Kemunculan media baru telah memberi perubahan yang besar terhadap jaringan kehidupan masyarakat.Media baru juga telah mengubah pola kehidupan masyarakat dari segi budaya dan juga cara berfikir.
 
Tugasan 2

Huraikan tentang sumbangan teknologi apple dalam penghasilan karya seni

  
   Teknologi apple merupakan Steve Jobs.Beliau merupakan seorang usahawan dan pencipta yang berbangsa Amerika Syarikat.Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEOof Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).

    Pada akhir 1970-an, Jobs bersama Steve Wozniak (pengasas bersama Apple), Mike Markkula dan lain-lain, mereka, membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Pada awal 1980-an, Jobs merupakan antara mereka yang julang kali melihat potensi komersil antar muka grafik pengguna pacuan tetikus yang membawa kepada lahirnya Macintosh.Setelah kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984, Jobs meletak jawatan dari Apple lalu menubuhkan NeXT, sebuah syarikat pembangunan platform komputer  yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996,
   Apple membeli NeXT, maka Jobs kembali ke syarikat lama yang ditubuhkannya itu, dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya pada tahun 1997 hingga 2011. Pada 1986, beliau memperoleh bahagian grafik komputer Lucacfilm Ltd lalu mengubahnya menjadi Pixar Animation Studios Beliau kekal sebagai KPE dan pemegang saham majoriti pada 50.1% sehingga Pixar dibeli oleh The Walt Disney company pada tahun 2006. Dengan itu, Jobs menjadi pemegang saham individu terbesar Disney pada 7% dan juga ahli Lembaga Pengarah Disney.

sumbangan

 Perkembangan seni pada masa kini telah mengubah corak kehidupan dan tahap pemikiran individu atau pun berkumpulan.perubaha ini sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada perkembangan dan kemajuan negara.salah  satu daripadanya Seni digital. Seni digital pada awalnya dimotori oleh Steve Jobs dengan jajaran komputer Apple Macintoshnya. Keadaan ini dilihat pada awal diperkenalkan inovasi GUI (Graphic User Interface) untuk sistem operasi kompter Mac, meningalkan system DOS (Dot Operating System), dunia perkomputeran pun berpaling mengikuti mereka, yang didunia PC (Personal Computer) mulailah dikenal system operasi Windows. 



  Mac sendiri merupakan jenis komputer yang memiliki fungsi utama sebagai komputer grafik. Komputer grafik yang dimotori oleh Apple membawa perubahan besar pada dunia seni digital, Macintosh sebagai komputer grafik pertama memberi perspektif baru bahawa keindahan seni dilakukan dengan indahnya dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan komputer grafik telah diikuti oleh dunia PC, yang didominasi oleh dominator winTel (Windows-Intel).

Tugasan 3

Huraikan tentang kesan penggunaan media baru dalam penghasilan karya dari segi ide, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta

   Penggunaan media baru dalam penghasilan karya banyak memberi kesan dari segi perubahan pada tahap pemikiran manusia apabila terbentuknya idea, rekaan, tiruan dan hakmilik cipta kepada alam .media baru ini bebas tanpa mengira sempadan apabila ini berlaku maka pengumpulan idea dapat disatukan untuk melahirkan sebuah karya yang bermutu hasil gabungan item-item yang telah dinyatakan tadi. 
.
    Penggunaan media baru juga memberi kesan terhadap rekaan samada dalam karya seni visual, seni lukis mahupun seni cetak, media baru memberi kesan yang sangat besar dimana, pengkarya seperti Ismail Zain, Hasnul Jamal. Saidon serta beberapa pelukis yang lain menjadikan media baru sebagai medium untuk mengetengahkan 'subjek matter' yang relevan dalam karya seni mereka.

    Media baru telah membina posisi yang sangat kuat dalam proses pembentukan ekoposial dunia melalui  hakmilik cipta citra pengaruh sebagai media yang cepat dan tangkas.media baru  dijenterakan oleh Internet (siber/www), dalam bentuk apa-apa pun teknologinya, dari Smartphone ke iPhone, dari iPod ke iWatch kekuatannya terletak pada cara bekerjanya yang plural.Setiap orang yang mempunyai iPhone, atau iPod,atau Notebook boleh terlibat secara sepenuhnya dalam komunikasi dan berkuasa dalam membentuk dan menyebarkan informasi
.

   Media baru juga mempunyai kandungan dan budaya informasi yang plural sudah benar-benar mengemukakan suatu proses perubahan dalam kepercayaan sama ada terhadap makna, bentuk, kandungan mahupun teori-teori baik kewartawanan,komunikasi, media (Winter, Hepp, Kotz, 2008: 267-281) termasuk cultural studies dan future studies.



Tugasan 4 



 Pilih dua medium dalam teknologi media baru yang anda minati dalam penghasilan sesuatu karya.


       E-mel merupakan antara aplikasi yang membolehkan pengamal perhubungan awam berkomunikasi dengan pelanggan dalam bentuk mesej elektronik. Aplikasi e-mel ini digunakan secara meluas dan membenarkan komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan cara yang pantas dan lebih sesuai untuk penulisan yang ringkas.
Penggunaan e-mel sebagai saluran komunikasi kini dianggap penting dan menjadi kemestian terutamanya dalam menjalankan urusan rasmi. Dengan pendaftaran dan perkhidmatan internet oleh syarikat telekomunikasi, ia mempermudahkan bukan sahaja organisasi untuk mendaftar dan memperolehi akaun internet malah individu juga. Namun, infrastruktur e-mel di dalam organisasi perlu dikaji untuk mengatasi masalah penghantaran, keselamatan dan kesahihan kandungan e-mel untuk mengelakkan kesan negatif terhadap imej organisasi.

 INTERNET


Internet adalah sistem global rangkaian komputer yang menggunakan suite protokol Internet piawai (TCP / IP) untuk berkhidmat berbilion-bilion pengguna di seluruh dunia. Ia adalah satu rangkaian jaringan yang terdiri daripada berjuta-juta swasta, awam, akademik, perniagaan, dan rangkaian kerajaan tempatan untuk skop global, yang dihubungkan dengan pelbagai luas teknologi rangkaian elektronik, wayarles dan optik. Internet membawa pelbagai besar sumber maklumat dan perkhidmatan, seperti berkaitan antara hiperteks dokumen World Wide Web (WWW) dan infrastruktur untuk menyokong mel elektronik.
   Penggunaan internet telah mencetuskan perpindahan teknologi tradisional kepada era digital yang menakjubkan. Untuk menjengah maklumat terkini dalam apa jua aspek, pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekan kata kunci pada papan kekunci. Di perkampungan global inilah manusia bertukar-tukar informasi dan perkhidmatan tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa mahupun ideologi.
 









No comments:

Post a Comment